Sebab Seronoknya Jadi Ejen Takafulπππ Memang tidak syak bahawa pekerjaan ejen takaful ini bukan lah suatu pekerjaan yang dicemburui ramai. Tapi kalau ditanyakan kepada ejen takaful, sama ada mereka sukakan pekerjaan mereka, sebulat suara mereka akan katakan YA! Ini antara sebab-sebabnya: 7 sebab seronoknya jadi ejen takaful 1. Anda bekerja di rumah, di kafe atau di mana saja ikut kehendak hati anda Seperti salesman, anda juga tidak dikehendaki berada di pejabat sepanjang hari, asalkan sales target anda dicapai itu sudah memadai. Mungkin ada hari-hari di mana egensi perlu anda hadir di pejabat untuk tujuan mesyuarat mingguan atau sesi latihan. Tapi selain dari itu, anda selalunya bebas untuk bekerja di mana saja anda suka. Ya, termasuklah di kedai kopi kegemaran anda! Rasa Nak bekerja di rumah jer hari ni? Boleh saja!π 2. Tiada dua hari yang serupa Tiada apa yang rutin terhadap pekerjaan anda. Satu hari anda mungkin duduk bersembang dengan sah...